Tuesday, 11 October 2011

TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR

TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SEKERU




TUKUL

Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan . Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan tukul Lembut



TUKUL BESI

Tukul besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut .  Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau spotted gum.  Berat tukul besi ialah antara .25 kg. hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja am, tukul seberat 0.5kg hingga 1 kg. digunakan. Tukul yang ringan d gunakan untuk  kerja-kerja menanda . Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera  selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan.

JENIS-JENIS TUKUL BESI

A : Ball peen hammer (Tukul bongkol bulat)

B : Straight peen hammer (tukul bongkol lurus)

C : Cross peen hammer (tukul bomngkol tirus)


Tukul bongkol bulat

Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja am  seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.

Tukul bongkol lurus.

Kepala tukul ini  searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk menukul bahagian –bahagina yang tidak bolih dilakukan oleh tukul kepala bulat.




Tukul bongkol tirus.

Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan tukul bongkol lurus. Kecuali sudut  penggunaan nya berbedza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak bolih digunakan.

TUKUL LEMBUT

Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga jenis

i.              Tukul bongkol kulit

ii.            Tukul bongkol plastik

iii.           Tukul bongkol gangsa


Tukul bongkol Kulit

Tukul ini digunakan keatas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak akan meninggalkan kesan pada bendakerja .


Tukul bongkol plastic

Digunakan pada logam lembut yang biasa digunakan dalam bengkel. Tetapi apabila ia digunakan pada logan yang lebih lembut, hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.

Tukul bongkol gangsa

Apabila tukul ini di hentak , ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis tukul diatas. Hentakan yang kuat bolih dilakukan tetapi haruslah berhati-hati terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia digunakan semasa kerja kerja pemasangan.



Langkah keselamatan semasa menggunakan tukul

i.          Pastikan  bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala tukul.

ii.         Jangan gunakan  tukul jika tangan berminyak

iii.        Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang kelancaran untuk menukul.

iv.        Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa menukul.

v.         Gunakan  ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga sendiri.





PAHAT

Pahat ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu  sebagaimana kikir pahat juga merupakan alat tangan yang di perbuat dari keluli bermutu tinggi yang dikeraskan dan di baja. Pahat adalah alat tangan yang digunakan untuk memotong, menatal atau membuang logam. Pahat mestilah digunakan dengan tukul biasa  atau tukul peumatik.
Sudut mata pahat :

Apabila hendak memahat sesuatu bahan bahan     sudut-sudut yang berikut perlu diberi perhatian supaya kerja tersebut dapaat dilakukan dengan berkesan. Sudutpahat dipegang  antara 35% hingga 40%. Jika keluar daripada lingkungan  tersebut pemotongan yang tidak sempurna. Sudut pemotongan mata pahat bergantung kepada kekerasan bahan yang hendak dipotong.



LOGAM
SUDUT
Keluli
70%
Besi tuanganI
60%
Keluli serderhana
60%-70%
Loyang
45%-60%
Tembaga
45%
Aluminium
30%



Jadual sudut mata pahat



Jenis-jenis pahat

Terdapat empat jenis pahat yang biasa digunakan didalam  bengkel       kejuruteraan  iaitu:

          i.             Pahat mata rata

         ii.             Pahat mata lintang

        iii.             Pahat mata bulat

        iv.             Pahat mata bentuk intan



Pahat mata rata

Pahat ini biasa nya digunakan untuk kerja-kerja am Saiz pahat yang sesuai untuk kerja-kerja am iaitu 25mm lebar dan 200mm panjang sudut mata pahat ini di canai mengikut kekerasan bahan yang hendak dipotong
















               Raj. 3.41 Memotong dengan menggunakan pahat mata rata



Pahat mata lintang

Pahat ini digunakan untuk memotong celah yang tidak dapat dipotong dengan pahat rata, memotong alur-alur pada permukaan yang lebar, memotong alur kunci pada shaft dan takal. Pahat ini berukuran lebih kurang 200mm panjang dan 6-12mm lebar















              Raj.3.42 Pengunaan pahat mata lintang





Pahat mata bulat

Pahat ini digunakan untuk memotong alur-alur minyak, membetulkan penjuru bulat pada lubang yang dalam.

















                    Raj. 3.43  Pengunaan pahat mata bulat



Pahat mata bentuk intan

Pahat ini digunakan untuk membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak pusat  nya semasa hendak mengerudi, memotong penjuru yang tajam. Pahat mata bentuk intan ini bolih digunakan untuk  memotong kepingan logam

















Raj.3.44.  Pengunaan pahat mata bentuk intan                                    

 







Pahat berkepala cendawan (MUSHROM CHISEL)

Kepala pahat akan menjadi bercendawan jika ia digunakan selalu. Ini amat merbahaya kerana serpihan dari kepala bercendawan  boleh terkena angota badan kita. Oleh itu jika terdapat kepala pahat berbentuk cendawan ianya hendaklah dicanai kebentuk asal.



Gaya memahat



Gaya memahat amatlah penting  . Pahat hendaklah dipegang dibahagian kepala dan tukul pula hendaklah di pegang dihujung batangnya. Fokuskan mata  pada garisan pemotong supaya dapat memahat dengan tepat


























Raj. 3.46 Cara memegang pahat



Langkah keselamatan semasa memahat.

i.          Jangan mengunakan pahat berkepala cendawan kerana serpihan nya mungkin akan melayang dan mengenai mata

ii.         Jangan memegang pahat dengan tangan yang berminyak. Bersihkan tangan daripada minyak sebelum  memegang pahat.

iii.        Bendakerja yang hendak dipahat hendaklah dipegang dengan kuat pada ragum.

iv.        Jangan gunakan pahat  yang telah rosak untuk kerja memahat.

v.         Pegang pahat hampir dengan kepalanya dengan kuat apabila mengetuk.

vi.        Jangan berdiri dihadapan orang yang sedang menjalankan kerja memahat.

vii.      Semasa memahat lihat pada tempat yang hendak dipahat .  













PENGULIR SEKERU





PENGULIR DALAM

Pengulir dalam diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi atau keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibajakan,dua atau empat lurah dipotong secara memanjang untuk mengizinkan tatal keluar dan lelehan pemotong masuk. Dihujung batang dibuat bersegi untuk membolehkan perengkoh memusingkan pengulir semasa mengulir. Pengulir dalam biasanya diperbuat dalam tiga jenis dalam satu set. Untuk pemotongan sebarang saiz. Pengulir dalam disebut tirus, sedang dan pepat atau tirus, kedua dan palam

i.          Tirus:  mempunyai tirus dari 8 hingga 10 ulir skru dan digunakan pada permulaan mengulir. Pengulir memasuki lubang dan memotong sepenohnya.

ii.         Sedang:  mempunyai 2 atau 3 ulir skru yang ditiruskan dan digunakan selepas mengunakkan pengulir tirus. Sekiranya lubang tembus pengulir ini   tidak perlu digunakan kerana mengunakan pengulir tirus sahaja sudah memadai

iii.           Pepat:  mempunyai ulir hingga kehujung dan pengulir ini hendaklah digunakan sebagai pengulir terakhir apabila ulir skru penoh hendak dipotong hingga kedasar .              



PENGULIR LUAR

Pengulir luar ialah alat  yang digunakan untuk memotong ulir skru luar,  disatu permukaan pengulir  ditandakan saiz jenis ulir skru dan jarak ulir skrunya.  Di permukaan ini juga ulir skru ditiruskan sedikit untuk membolehkan pemotongan  ulir skru bermula dengan mudah. Adalah sangat musahak pengulir dipasangkan ditempat yang betul didalam tonggak agar permukaan yang tirus dapat memulakan proses mengulir.



JENIS-JENIS PENGULIR LUAR

i.          Pengulir luar padu :

 Digunakan untuk memotong semula atau membetulkan benang yang rosak. Saiznya tetap dan tidak boleh dilaraskan. Spana yang sesuai boleh digunakanuntuk memusingkan pengulir .



ii.         Pengulir luar bulat berbelah boleh  laras: mempunya tiga skru pelaras yang membolehkan pelarasan dalam benang yang lebih  atau kurang daripada dalam benang piawai. Tonggak pengulir di guanakan untuk memusingkan pengulir itu. Biasa nya digunakan benang saiz kurang daripada 12mm.



iii.        Pengulir luar bulat berbelah boleh laras:  mempunyai dua keping pengulir  untuk tiap-tiap saiz dinomborkan 1 dan 2. Berbagai-bagai pelarasan untuk saiz boleh dibuat . Digunakan untuk memotong ulir skru berdiameter besar.











LANGKAH-LAGKAH MENGULIR .

i.           Pilih pengulir dalam dan perengkohnya yang betul untuk kerja yang dibuat. Gunakan pengulir dalam tirus untuk permulaan  mengulir.

ii.         Masukan pengulir kedalam lubang setegak yang mungkin, tekan perengkuh kebawah dengan daya tekanan sama pada kedua pemegangnya, dan pusingkan mengikut arah pusing jam(untuk ulir skru kanan) lebih kurang dua kali.

iii.        Tanggalkan perengkoh dan periksa kepersegian pengulir (90% dengan bahan kerja) pada dua tempat.

iv.        Sekiranya tidak tegak  tanggalkan perengkoh dan laraskan kembali pengulir itu.

v.         Apabila pengulir dalam telah mula memotong dan kepersegiannya telah diperiksa, pusingkan pengulir itu lebih kurang setengah pusingan dan pusingkan balik kebelakang untuk mematahkan tatal.

vi.        Teruskan mengulir sehingga siap,  gunakan pengulir kedua jika perlu, gunakan lelehan pemotong yang sesuai  semasa mengulir  iaitu:



Bahan
Jenis leleahan
Keluli, kupram,gangsa
Minyak, minyak berlarut
Aluminium
Paraffin, minyak berlarut
Loyang, Besi tuangan
Kering (tidak perlu lelehan)





vii.       Apabila memotong ulir skru dilubang sekat(buntu), gunakan ketiga-tiga pengulir mengikut turutan, tirus, sedang, dan akhir sekali gunakan pengulir pepat Sebelum menggunakan pengulir pepat, keluarkan semua tatal dari lubang dan berhati-hati apabila pengulir telah menyentuh dasar lubang, jangan di pusingkan lagi.

viii.     Berikan perhatian yang lebih  apabila mengunakan pengulir yang kecil kerana ia mudah patah.



SEBAB-SEBAB PENGULIR  DALAM  PATAH

i.          Tidak mengikut aturan mengunakan pengulir, mestilah menggunakan pengulir tirus terlebih dahulu.

ii.         Memaksa pengulir itu masuk dengan memusingkannya secara berterusan, sepatutnya mestilah dipusingkan balik supaya tatal dapat di patahkah.

iii.        Menggunakan daya tekanan yang kuat semasa memusingkan pengulir.

iv.        Tidak mengunakan lelehan pemotong.

v.         Tidak mengeluarkan tatal didalam lubang semasa mengulir lubang sekat.



SAIZ GERUDI PENGULIR DALAM

Saiz gerudi pengulir dalam ialah saiz gerudi yang digunakan untuk membolehkan sebahagian daripada bahan didalam lubang tinggal agar dapat di potong oleh pengulir. Saiz gerudi tersebut mestilah lebih kurang sama dengan garispusat kecil benang . Garispusat kecil boleh didapati dengan menolakan 2 kali dalam benang dari garispusat besar benang



contoh 1.



Saiz gerudi (SG) untuk benang M 20 x 2.5mm

SG  =  20-2(0.5413 x 2.5)

       =  20-2.71

       =  17.29 mm.



Oleh itu , saiz mata gerudi yang dipilih mestilah yang paling hampir besar dengan 17.29mm. Dari segi teori nya, saiz gerudi  mestilah sama dengan saiz  garispusat  kecil benang tersebut  tetapi dari segi pratikal nya, pengulir di samping memotong ia juga mengesel puncak benang .  Sekira nya saiz lubang gerudi tidak dibesarkan sedikit, maka ini boleh menyebabkan pengulir itu tersepit atau patah. Oleh yang demikian rumusan untuk saiz gerudi pengulir dalam yang mudah di ingati dan yang akan memberikan 92% saiz benang penuh ialah:

SG  = Garispusat besar –jarak benang.

Maka itu, saiz gerudi untuk benang M20 x 2.5

SG  = 20 – 2.5

        = 17.5 mm.



TERMINOLOGI ULIR SKRU

1.         Garispusat besar:  ialah garispusat yang paling besar  bagi skru atau nat.Garis pusai ini juga di kenali sebagai garispusat luar atau namaan





2.         Garispusat kecil :  ialah garispusat yang paling kecil pada ulir luar atau dalam.





3.         Garis pusat Pic Ulir :  ialah garispusat selinder bayangan(tidak dapat dilihat) yang melalui benang pada satu titik dimana lebar benang adalah sama.





4.         Jarak ulir :  ialah jarak dari satu titik pada ulir kesatu titik yang sama diulir yang berikutnya, diukur selari dengan paksi





5.         Maju ulir : ialah jarak benang sekeru itu maju kehadapan pada paksinya dalam satu pusingan. Pada benang satu punca majunya adalah sama dengan jaraknya benang. Pada benang dua punca majunya  adalah dua kali jarak benang. Pada benang tiga punca, majunya adalah tiga kali jarak benang.





6.         Dasar ulir :  ialah permukaan bawah hasil sambungan dua sisi benang bersebelahan





7.         Puncak ulir :  ialah permukaan atas hasil sambungan dua sisi benang bersebelahan.



8.         Rusuk :  ialah permukaan benang tempat sambungan puncak.





9.         Sudut benang: ialah sudut yang terkandung diantara rusuk benang diukur pada paksinya


10.      Dalam benang :  ialah jarak antara puncak dan dasar diukur seranjang dengan paksi


11.      Sudut heliks : ialah sudut yang diterbitkan oleh benang dengan satu satah yang bersudut tegak dengan paksi benang 

Sunday, 9 October 2011

PENGUKURAN



PENGUKURAN




PENGENALAN

 Dalam bidang ketukangan, istilah menanda bermaksud membuat tanda diatas permukaan logam yang akan .dimesin atau digegas. Ini termasuklah menandakan garisan, bulatan, lengkuk, jarak dan juga pusat. Tanda yang telah dibuat digunakan sebagai panduan apabila hendak memesin atau memasang benda kerja. Dengan menanda, kita dapat mengetahui berapa banyak bahan yang harus dibuang atau bahagian mana yang harus dipotong atau dibuat lubang. Butir-butir dan spesifikasi tandaan ini biasanya didapati dan dipindahkan daripada lukisan atau cetakan biru keatas permukaan benda kerja .



Tahukah anda bahawa setiap penandaan yang dilakukan memerlukan alat-alat pengukuran dan pengujian, dimana tanpa alat-alat ini kerja yang dilakukan mungkin kurang berkualiti dan tidak menepati spesifikasi atau piawaian yang dikehendaki. Oleh yang demikian didalam unit 4 ini anda akan dapat mengenali alat-alat pengukuran dan memahami kepentingan alat pengukuran dalam bengkel mekanikal.





ALAT-ALAT PENGUKUR ASAS



Terdapat berbagai-bagai jenis alat pengukur asas yang biasa digunakan dalam kerja-kerja menanda. Dibawai ini disenaraikan beberapa alat penting yang biasa digunakan dalam bengkel kejuruteraan mekanikal.



i)          Pembaris keluli

ii)         Sesiku bergabung

iii)       Angkup luar dan angkup dalam

iv)       Jangka tolok

v)        Penubuk

vi)       Penggarit

vii)      Sesiku L

viii)    Sesiku serong

ix)       Jangka sudut

x)        Jangka sudut vernier

xi)       Tolok permukaan







PEMBARIS KELULI


Pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis karat atau keluli alat. Skalanya dalam unit inci dan metrik. Pembaris keluli metrik boleh didapati dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu daripada 6 milimeter hingga1 meter, bagaimanapun jenis yang lazim digunakan berukuran 150 milimeter hingga 300 milimeter.

Pembaris keluli metrik disenggatkan kepada setengah dan satu millimeter, sementara pembaris keluli inci dibuat senggatan dalam pecahan dan perpuluhan. Pecahan yang ,biasa ialah1/64, 1/32, 1/16 dan1/8 inci. Pembaris jenis perpuluhan pula membolehkan pecahan yang lebih kecil daripada 1/64 inci dibaca, kerana pembaris jenis ini mempunyai senggatan 0.100(1/10 inci), 0.050(1/20inci), 0.020(1/50inci) dan 0.010(1/100inci). Rajah dibawah menunjukkan nilai tiap-tiap satu senggatan yang terdapat dalm ketiga-tiga jenis ukuran, iaitu metrik, pecahan dan perpuluhan.

                                       
ANGKUP LUAR

Angkup luar mempunyai kaki yang bengkok kedalam. Ia sama ada je

Nis bercantum ketat ataupun jenis bercantum pegas. Kegunaan angkup luar adalah untuk mendapatkan dimensi sebelah luar benda kerja bulat atau rata, ketebalan dinding silinder dan bahagian benda kerja bertingkat.

ANGKUP DALAM

Binaan dan bentuk angkup dalam hampir serupa dengan angkup luar kecuali ia mempunyai kaki yang bengkok keluar. Kegunaan  angkup dalam pula adalah untuk mengambil ukuran pada sebelah dalam seperti garis pusat batang paip, garis pusat lubang, lebar lurah, lengkang lurah alur kunci dan sebagainya.

JENIS DAN SAIZ MIKROMETER
Mikrometer merupakan alat pengukur jitu yang lazimnya digunakan dalam bengkel mesin kerana ia dapat mengukur ukuran-ukuran yang paling kecil dengan tepat. Terdapat berbagai jenis micrometer yang biasa digunakan, antaranya ialah :


i)          Mikrometer luar

ii)         Mikrometer dalam

iii)        Mikrometer tolok dalam


Mikrometer boleh dibaca dengan dua kaedah iaitu dalam unit metrik dan unit imperial. Biasanya ukuran yang paling kecil yang boleh dibaca oleh micrometer

Ialah 1/100 milimeter(0.01). Manakala micrometer inci pula boleh membaca sehingga 1/1000 inci (0.001inci) dan 1/10000 inci (0.0001 inci). Terdapat tiga saiz micrometer yang biasa digunakan untuk kesemua jenis-jenis micrometer diatas iaitu :


1.         Mikrometer 0 – 25 mm

Muka andas dan spindal tertutup rapat apabila angka sifar pada laras sejajar dengan angka sifar pada bidal dan bacaannya ialah 0mm.



           

2.         Mikrometer 25 – 50 mm

Walaupun angka sifar sejajar antara satu dengan yang lain tetapi jarak muka ukuran ialah 25mm dan bacaan bermula daripada 25mm.



3.         Mikrometer 100 –150 mm

Bacaan untuk mikrometer ini bermula daripada 100mm.







LAKARAN DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MIKROMETER LUAR



A)        BINGKAI

Bingkai berbentuk separuh bulatan, mempunyai spindal dibahagian hujung sebelah kanan dan andas disebelah kiri.



B)       ANDAS

Dipasang tetap disebelah kiri bingkai. Bagi sesetengah andas, diletakkan tip tungsten karbida pada bahagian mukanya supaya tidak cepat haus.



C)       SPINDAL

Dibahagian hujung sebelah kanan terdapat benangyang boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan pada bidal. Apabila bidal diputar spindal akan bergerak maju dan mundur ke permukaan andas. Hujung sebelah kirinya juga diletakkan tip tungsten karbida.



D)       LARAS

Bahagiannya terdapat senggatan-senggatan yang dibuat disebelah menyebelah garisan selari yang menjadi datum kepada micrometer. Bahagian atasnya pula disenggatkan pula kepada 25 bahagian dan satu lsenggatan bersamaan 1mm. Manakala bahagian dibawahnya pula senggatan dibuat membahagi dua senggatan diatas, bermakna satu garisan bersamaan 0.5mm.







E)        BIDAL

Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama. Tiap-tiap satu bahagian bersamaan 0.01mm.





F)        PENGANJAK HALUS

Terletak dibahagian hujung bidal. Kegunaannya adalah untuk memdapatkan bacaan yang tepat, tekanan, mengukur mestilah tekal dan berdasarkan rasa sentuhan.





PRINSIP ASAS MIKROMETER



Mikrometer bekerja berasaskan pergerakan ulir skru. Spindalnya mempunyai skru dengan pic ulir 0.5 milimeter. Ia boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan pada bidal, dimana apabila bidal diputarkan spindal akan bergerak maju atau mundur ke permukaan andas. Oleh sebab itu pic ulir mikrometer ialah 0.5mm, maka setiap satuputaran penuh bidal, spindal bergerak 0.5mm. Setiap satu pusingan bidal, pergerakan yang dibuat oleh spindal sejauh 0.5mm, maka tiap-tiap satu senggatan bidal ialalh 1/50 x 0.5 = 0.01mm.

Permukaan andas dan spindal disebut muka ukuran kerana benda kerja diukur diantara dua permukaan ini. Untuk memulakan satu-satu ukuran, angka sifar pada bidal hendaklah sejajar dengan angka sifar pada laras.







BACAAN DAN LAKARAN PADA MIKROMETER (METRIK DAN IMPERIAL)



MEMBACA MIKROMETER METRIK/IMPERIAL

(Kaedah membaca mikrometer metrik dan imperial adalah sama, cuma nilai bacaannya sahaja yang berbeza).



i)          Bacaan sengagatan terakhir pada laras atas yang dilalui oleh bidal didarabkan 1mm.

ii)         Bacaan senggatan pada laras bawah yang terhampir dengan 1mm didarabkan dengan 0.50mm.

iii)       Bacaan senggatan pada bidal yang sejajar dengan garisan skala laras didarabkan dengan 0.01mm.

iv)       Campurkan ketiga-tiga bacaan diatas. Jumlah nilai tersebut merupakan bacaan bagi micrometer itu.








CARA MENGGUNAKAN MIKROMETER



Cara menggunakan micrometer ialah dengan mendapatkan tekanan mengukur dengan betul, elakkan memutar bidal berlebihan. Sebaliknya dapatkan rasa sentuhan yang betul. Micrometer hendaklah dipegang pada tapak tangan dan diapit dengan jari kelilngking atau jari manis. Biarkan ibu jari dan jari talunjuk bebas memutarkan bidal untuk melaraskan spindal. Benda kerja hendaklah diletakkan diantara permukaan andas dengan spindal. Putar bidal sehingga kedua-dua muka ukuran itu menyentuh benda kerja. Untuk merasa sentuhan, gerakan kehadapan atau kebelakang perlahan-lahan.





LAKARAN DAN NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER












A)        BADAN

Berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai senggatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini dinamakan skala utama.



B)        PLAT VERNIER

Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan disepanjang badan.



C)       RAHANG

Terdiri daripada rahang tetep dan rahang gelangsar. Rahang tetap merupakan bahagian daripada badan .manakala rahang gelangsar merupakan sebahagian daripada plat vernier.



D)       RUSUK

Berbentuk runcing dan terletak disebelah atas. Binaannya hampir sama dengan rahang tetapi ia digunakan untuk mengukur ukuran sebelah dalam.



E)        SKRU PENGUNCI

Digunakan  untuk mengunci plat vernier, supaya ukuran tidak berganjak semasa angkup vernier dikeluarkan dari benda kerja. Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur.



F)        BILAH PENGUKUR DALAM

Merupakan satu bilah kecil, boleh digerakkan keluar atau masuk dalam lurah dibahagian belakang badan apabila rahang dibuka.





PRINSIP ASAS SKALA VERNIER



Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa teragak-agak sekiranya ukuran itu terletak diantara dua tanda senggatan pada satu-satu skala. Oleh itu angkup vernier mestilah :



i)          mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier.

ii)         senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala vernier.

iii)       Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.















CARA PENGGUNAAN ANGKUP VERNIER



Kelebihan menggunakan angkup vernier dengan mikrometer ialah dimana micrometer hanya boleh membuat satu bahagian bacaan sahaja manakala angkup vernier tiga bahagian bacaan iaitu bacaan luar dan dalam benda kerja, seperti diameter dalam dan diameter luar, lebar alur dan tebal benda kerja. Manakala fungsi ketiga adalah untuk mengukur dalam atau tinggi benda kerja.



Cara penggunaan angkup vernier sedikit berbeza dengan mikrometer dimana jari kelingking atau jari manis tidak perlu diapit pada bingkai kerana angkup vernier tidak mempunyai bingkai.kedua-dua rahang angkup vernier perlu dirapatkan pada bahan ukuran dan dengan perlahan-lahan diputarkan sehingga sedikit rahang telah menyentuh bahan ukuran, kemudian skru pengunci dikuncikan supaya nilai bacaan tidak berganjak.





BACAAN DAN LAKARAN ANGKUP VERNIER (METRIK DAN IMPERIAL)

(KAEDAH MEMBACA ANGKUP VERNIER METRIK DENGAN ANGKUP VERNIER INCI ADALAH SAMA CUMA NILAI BACAANNYA SAHAJA YANG BERBEZA).



Membaca Angkup vernier Tentukuran 0.02 mm



Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10, 20, 30 dan seterusnya. Skala vernier pula panjangnya 49mm dan disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama.





 yang sejajar, senggatan yang ke 50 skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke 49 pada skala utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai antara satu senggatan skala utama dengan skala vernier, maka tolakkan 1mm (nilai 1 senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan pada skala vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah :



            50 senggatan skala vernier = 49 mm skala utama

                        1 senggatan              = 49/50

                                                             = 0.98 mm.

Perbezaan nilai senggatan = 1 mm – 0.98 mm

                                                 = 0.02 mm



Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier  =  0.02 mm.












Contoh 1:




            Bacaan skala utama yang

                        terhampir dengan 1 mm                 = 42 x 1        = 42.00 mm



            Bacaan skala vernier

                        senggatan ke-16 yang

                        sejajar dengan salah Satu            

                        garisan pada skala utama             = 16 x 0.2     =   0.32mm

                                    Jumlah                                                        42.32 mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 42.32 mm.



Contoh 2 :




            Bacaan skala utama yang

                        terhampir dengan 1mm                  = 65 x 1       = 65.00 mm



            Bacaan skala vernier

                        senggatan ke-39 yang

sejajar dengan salah Satu

garisan pada skala utama           = 39 x 0.02  =   0.78 mm

            Jumlah                                                           65.78 mm

Oleh itu, bacaan sebenar ialah 65.78 mm.







           

Membaca Angkup Vernier Tentukuran 0.05 mm



           

           

            Skala utama disenggatkan kepada 1mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10, 20, 30 dan seterusnya. Skala vernier pula yang panjangnya 19mm, disenggatkan kepada 20 bahagian yang sama. Apabila angka sifar di kedua-dua skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar, senggatan ke-20 pada skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke-19 pada skala utama.

            Untuk mengetahui perbezaan nilai bagi senggatan skala utama dengan skala vernier, maka to

lakkan dengan 1mm  (nilai senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan pada skala vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah :

            20 senggatan pada skala vernier             =  19mm skala utama

                        1 senggatan                                      =  19/20.

            Perbezaan nilai senggatan                                   =  1 – 0.95 mm

                                                                                    =  0.05mm.



Oleh itu nilai setiap sengagatan  pada skala vernier  =  0.05mm.



Contoh 1:






            Bacaan skala utama                                   =  25.00 mm

            Bacaan skala vernier apabila

                        senggatan ke-8 sejajar

                        dengan salah satu garisan

                        pada skala utama    =  8 x 0.05      =    0.40 mm

                                    Jumlah                                       25.40 mm



Oleh itu, bacaan sebenar ialah 25.40 mm.



Contoh 2:






            Bacaan skala utama                                   =  123.00 mm

            Bacaan skala vernier apabila

                        sengatan ke-15 sejajar

                        dengan salah satu garisan

                        pada skala utama    =   15 x 0.05 =      0.75  mm

                                    Jumlah                                       123.75  mm



Oleh itu, bacaan sebenar ialah 123.75mm.







ALAT PENGUKUR LAIN YANG MENGGUNAKAN PRINSIP VERNIER     

SEPERTI JANGKA SUDUT VERNIER DAN JANGKA SUDUT VERNIER



Selain angkup vernier, terdapat juga alat-alat pengukur yang lain juga mengambil skala vernier bagi membolehkan mengambil ukuran yang lebih kecil seperti; jangka sudut vernier, tolok tingi vernier, tolok dalam vernier, tolok vernier gigi gear dan sebagainya.



                 

        





  JANGKA SUDUT VERNIER



                                           

           Kegunaan jangka sudut vernier

1.  Untuk mengukur sudut  dengan tepat. Ketepatan boleh dibaca sehingga 5’ atau 1/12°.

2.  untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut.



           Bahagian-bahagian jangka sudut vernier

          

           BILAH

          

Bilah mempunyai berbagai-bagai ukuran, biasanya 150mm atau 300mm. Ia dimasukkan kedalam dail, boleh dikilas, dilaraskan dan dikunci pada sebarang kedudukan sudut.



           DAIL



Dail terdiri daripada dua skala, iaitu:



a)    skala utama-skala ini disenggatkan kepada 360° iaitu dari 0°-90°, 90° –0° , 0° –90 , 90° –0°. Ia dinomborkan setiap 10°.

b)    Skala vernier –skala ini disenggatkan kepada 12 bahagian, setiap satu bahagian mewakili 5’ atau 1/12° dan dinomborkan setiap 3 senggatan iaitu 15°,30°,45° dan 60°.

Kedua-dua skala utama dan skala vernier ini dibuat dua arah dari angka sifar (0).



           PRINSIP MEMBACA  UKURAN



Jika bacaan sudut dalam darjah penuh:

Garisan sifar (0) dan garisan ke-60 skala vernier akan sejajar dengan mana-mana garisan pada skala utama.

Bacaan senggatan utama dari 0° hingga ke senggatan yang telah dilalui oleh garisan sifar skala vernier dalam arah yang sama. Kemudian dicapurkan jumlah garisan pada skala vernier yang sejajar dengan mana-mana garisan pada skala utama, juga dalam arah yang sama.



Contoh 1:



                                           



            Garisan sifar (0) skala vernier

                       melampaui garisan ke-64 skala

                       utama. Oleh itu bacaannya                                    =  64° 00’



           Garisan ke-2 skala vernier sejajar

                       dengan salah satu garisan

                       pada skala utama (dibaca

                       dalam arah bacaan yang

                       sama). Oleh sebab setiap 1

                       senggatan bersamaan dengan

                       5’, maka bacaannya             = 2 x 5’        =         10’

                                            jumlah                                                      64° 10’



Contoh 2:



                                           



           Garisan sifar skala vernier

                       melampaui garisan ke-20

                        skala utama. Bacaannya                                    =  20° 00’

           Garisan ke-9 skala vernier

                        sejajar dengan salah Satu

                        garisan pada skala utama

                        (dibaca dalam arah yang

                        sama). Oleh sebab tiap-tiap

                        satu senggatan bersamaan

                        dengan 5’, maka bacaannya         =  9 x 5’      =       45’

                                            jumlah                                                      20°45’