TUKUL,PAHAT DAN PENGULI |
TUKUL
Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan . Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan tukul Lembut
TUKUL BESI
Tukul besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut . Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau spotted gum. Berat tukul besi ialah antara .25 kg. hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja am, tukul seberat 0.5kg hingga 1 kg. digunakan. Tukul yang ringan d gunakan untuk kerja-kerja menanda . Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan.
JENIS-JENIS TUKUL BESI
A : Ball peen hammer (Tukul bongkol bulat)
B : Straight peen hammer (tukul bongkol lurus)
C : Cross peen hammer (tukul bomngkol tirus)
Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.
Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk menukul bahagian –bahagina yang tidak bolih dilakukan oleh tukul kepala bulat.
Tukul bongkol tirus.
Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan tukul bongkol lurus. Kecuali sudut penggunaan nya berbedza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak bolih digunakan.
TUKUL LEMBUT
Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga jenis
i. Tukul bongkol kulit
ii. Tukul bongkol plastik
iii. Tukul bongkol gangsa
Tukul bongkol Kulit
Tukul ini digunakan keatas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak akan meninggalkan kesan pada bendakerja .
Tukul bongkol plastic
Digunakan pada logam lembut yang biasa digunakan dalam bengkel. Tetapi apabila ia digunakan pada logan yang lebih lembut, hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.
Tukul bongkol gangsa
Apabila tukul ini di hentak , ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis tukul diatas. Hentakan yang kuat bolih dilakukan tetapi haruslah berhati-hati terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia digunakan semasa kerja kerja pemasangan.
Langkah keselamatan semasa menggunakan tukul
i. Pastikan bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala tukul.
ii. Jangan gunakan tukul jika tangan berminyak
iii. Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang kelancaran untuk menukul.
iv. Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa menukul.
v. Gunakan ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga sendiri.
PAHAT
Pahat ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu sebagaimana kikir pahat juga merupakan alat tangan yang di perbuat dari keluli bermutu tinggi yang dikeraskan dan di baja. Pahat adalah alat tangan yang digunakan untuk memotong, menatal atau membuang logam. Pahat mestilah digunakan dengan tukul biasa atau tukul peumatik.
Apabila hendak memahat sesuatu bahan bahan sudut-sudut yang berikut perlu diberi perhatian supaya kerja tersebut dapaat dilakukan dengan berkesan. Sudutpahat dipegang antara 35% hingga 40%. Jika keluar daripada lingkungan tersebut pemotongan yang tidak sempurna. Sudut pemotongan mata pahat bergantung kepada kekerasan bahan yang hendak dipotong.
LOGAM | SUDUT |
Keluli | 70% |
Besi tuanganI | 60% |
Keluli serderhana | 60%-70% |
Loyang | 45%-60% |
Tembaga | 45% |
Aluminium | 30% |
Jadual sudut mata pahat
Jenis-jenis pahat
Terdapat empat jenis pahat yang biasa digunakan didalam bengkel kejuruteraan iaitu:
i. Pahat mata rata
ii. Pahat mata lintang
iii. Pahat mata bulat
iv. Pahat mata bentuk intan
Pahat mata rata
Pahat ini biasa nya digunakan untuk kerja-kerja am Saiz pahat yang sesuai untuk kerja-kerja am iaitu 25mm lebar dan 200mm panjang sudut mata pahat ini di canai mengikut kekerasan bahan yang hendak dipotong
Raj. 3.41 Memotong dengan menggunakan pahat mata rata
Pahat mata lintang
Pahat ini digunakan untuk memotong celah yang tidak dapat dipotong dengan pahat rata, memotong alur-alur pada permukaan yang lebar, memotong alur kunci pada shaft dan takal. Pahat ini berukuran lebih kurang 200mm panjang dan 6-12mm lebar
Raj.3.42 Pengunaan pahat mata lintang
Pahat mata bulat
Pahat ini digunakan untuk memotong alur-alur minyak, membetulkan penjuru bulat pada lubang yang dalam.
Raj. 3.43 Pengunaan pahat mata bulat
Pahat mata bentuk intan
Pahat ini digunakan untuk membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak pusat nya semasa hendak mengerudi, memotong penjuru yang tajam. Pahat mata bentuk intan ini bolih digunakan untuk memotong kepingan logam
Raj.3.44. Pengunaan pahat mata bentuk intan
Pahat berkepala cendawan (MUSHROM CHISEL)
Kepala pahat akan menjadi bercendawan jika ia digunakan selalu. Ini amat merbahaya kerana serpihan dari kepala bercendawan boleh terkena angota badan kita. Oleh itu jika terdapat kepala pahat berbentuk cendawan ianya hendaklah dicanai kebentuk asal.
Gaya memahat
Raj. 3.46 Cara memegang pahat
Langkah keselamatan semasa memahat.
i. Jangan mengunakan pahat berkepala cendawan kerana serpihan nya mungkin akan melayang dan mengenai mata
ii. Jangan memegang pahat dengan tangan yang berminyak. Bersihkan tangan daripada minyak sebelum memegang pahat.
iii. Bendakerja yang hendak dipahat hendaklah dipegang dengan kuat pada ragum.
iv. Jangan gunakan pahat yang telah rosak untuk kerja memahat.
v. Pegang pahat hampir dengan kepalanya dengan kuat apabila mengetuk.
vi. Jangan berdiri dihadapan orang yang sedang menjalankan kerja memahat.
vii. Semasa memahat lihat pada tempat yang hendak dipahat .
PENGULIR SEKERU
PENGULIR DALAM
Pengulir dalam diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi atau keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibajakan,dua atau empat lurah dipotong secara memanjang untuk mengizinkan tatal keluar dan lelehan pemotong masuk. Dihujung batang dibuat bersegi untuk membolehkan perengkoh memusingkan pengulir semasa mengulir. Pengulir dalam biasanya diperbuat dalam tiga jenis dalam satu set. Untuk pemotongan sebarang saiz. Pengulir dalam disebut tirus, sedang dan pepat atau tirus, kedua dan palam
i. Tirus: mempunyai tirus dari 8 hingga 10 ulir skru dan digunakan pada permulaan mengulir. Pengulir memasuki lubang dan memotong sepenohnya.
ii. Sedang: mempunyai 2 atau 3 ulir skru yang ditiruskan dan digunakan selepas mengunakkan pengulir tirus. Sekiranya lubang tembus pengulir ini tidak perlu digunakan kerana mengunakan pengulir tirus sahaja sudah memadai
iii. Pepat: mempunyai ulir hingga kehujung dan pengulir ini hendaklah digunakan sebagai pengulir terakhir apabila ulir skru penoh hendak dipotong hingga kedasar .
PENGULIR LUAR
Pengulir luar ialah alat yang digunakan untuk memotong ulir skru luar, disatu permukaan pengulir ditandakan saiz jenis ulir skru dan jarak ulir skrunya. Di permukaan ini juga ulir skru ditiruskan sedikit untuk membolehkan pemotongan ulir skru bermula dengan mudah. Adalah sangat musahak pengulir dipasangkan ditempat yang betul didalam tonggak agar permukaan yang tirus dapat memulakan proses mengulir.
JENIS-JENIS PENGULIR LUAR
i. Pengulir luar padu :
Digunakan untuk memotong semula atau membetulkan benang yang rosak. Saiznya tetap dan tidak boleh dilaraskan. Spana yang sesuai boleh digunakanuntuk memusingkan pengulir .
ii. Pengulir luar bulat berbelah boleh laras: mempunya tiga skru pelaras yang membolehkan pelarasan dalam benang yang lebih atau kurang daripada dalam benang piawai. Tonggak pengulir di guanakan untuk memusingkan pengulir itu. Biasa nya digunakan benang saiz kurang daripada 12mm.
iii. Pengulir luar bulat berbelah boleh laras: mempunyai dua keping pengulir untuk tiap-tiap saiz dinomborkan 1 dan 2. Berbagai-bagai pelarasan untuk saiz boleh dibuat . Digunakan untuk memotong ulir skru berdiameter besar.
LANGKAH-LAGKAH MENGULIR .
i. Pilih pengulir dalam dan perengkohnya yang betul untuk kerja yang dibuat. Gunakan pengulir dalam tirus untuk permulaan mengulir.
ii. Masukan pengulir kedalam lubang setegak yang mungkin, tekan perengkuh kebawah dengan daya tekanan sama pada kedua pemegangnya, dan pusingkan mengikut arah pusing jam(untuk ulir skru kanan) lebih kurang dua kali.
iii. Tanggalkan perengkoh dan periksa kepersegian pengulir (90% dengan bahan kerja) pada dua tempat.
iv. Sekiranya tidak tegak tanggalkan perengkoh dan laraskan kembali pengulir itu.
v. Apabila pengulir dalam telah mula memotong dan kepersegiannya telah diperiksa, pusingkan pengulir itu lebih kurang setengah pusingan dan pusingkan balik kebelakang untuk mematahkan tatal.
vi. Teruskan mengulir sehingga siap, gunakan pengulir kedua jika perlu, gunakan lelehan pemotong yang sesuai semasa mengulir iaitu:
Bahan | Jenis leleahan |
Keluli, kupram,gangsa | Minyak, minyak berlarut |
Aluminium | Paraffin, minyak berlarut |
Loyang, Besi tuangan | Kering (tidak perlu lelehan) |
vii. Apabila memotong ulir skru dilubang sekat(buntu), gunakan ketiga-tiga pengulir mengikut turutan, tirus, sedang, dan akhir sekali gunakan pengulir pepat Sebelum menggunakan pengulir pepat, keluarkan semua tatal dari lubang dan berhati-hati apabila pengulir telah menyentuh dasar lubang, jangan di pusingkan lagi.
viii. Berikan perhatian yang lebih apabila mengunakan pengulir yang kecil kerana ia mudah patah.
SEBAB-SEBAB PENGULIR DALAM PATAH
i. Tidak mengikut aturan mengunakan pengulir, mestilah menggunakan pengulir tirus terlebih dahulu.
ii. Memaksa pengulir itu masuk dengan memusingkannya secara berterusan, sepatutnya mestilah dipusingkan balik supaya tatal dapat di patahkah.
iii. Menggunakan daya tekanan yang kuat semasa memusingkan pengulir.
iv. Tidak mengunakan lelehan pemotong.
v. Tidak mengeluarkan tatal didalam lubang semasa mengulir lubang sekat.
SAIZ GERUDI PENGULIR DALAM
Saiz gerudi pengulir dalam ialah saiz gerudi yang digunakan untuk membolehkan sebahagian daripada bahan didalam lubang tinggal agar dapat di potong oleh pengulir. Saiz gerudi tersebut mestilah lebih kurang sama dengan garispusat kecil benang . Garispusat kecil boleh didapati dengan menolakan 2 kali dalam benang dari garispusat besar benang
contoh 1.
Saiz gerudi (SG) untuk benang M 20 x 2.5mm
SG = 20-2(0.5413 x 2.5)
= 20-2.71
= 17.29 mm.
Oleh itu , saiz mata gerudi yang dipilih mestilah yang paling hampir besar dengan 17.29mm. Dari segi teori nya, saiz gerudi mestilah sama dengan saiz garispusat kecil benang tersebut tetapi dari segi pratikal nya, pengulir di samping memotong ia juga mengesel puncak benang . Sekira nya saiz lubang gerudi tidak dibesarkan sedikit, maka ini boleh menyebabkan pengulir itu tersepit atau patah. Oleh yang demikian rumusan untuk saiz gerudi pengulir dalam yang mudah di ingati dan yang akan memberikan 92% saiz benang penuh ialah:
SG = Garispusat besar –jarak benang.
Maka itu, saiz gerudi untuk benang M20 x 2.5
SG = 20 – 2.5
= 17.5 mm.
TERMINOLOGI ULIR SKRU
1. Garispusat besar: ialah garispusat yang paling besar bagi skru atau nat.Garis pusai ini juga di kenali sebagai garispusat luar atau namaan
2. Garispusat kecil : ialah garispusat yang paling kecil pada ulir luar atau dalam.
3. Garis pusat Pic Ulir : ialah garispusat selinder bayangan(tidak dapat dilihat) yang melalui benang pada satu titik dimana lebar benang adalah sama.
4. Jarak ulir : ialah jarak dari satu titik pada ulir kesatu titik yang sama diulir yang berikutnya, diukur selari dengan paksi
5. Maju ulir : ialah jarak benang sekeru itu maju kehadapan pada paksinya dalam satu pusingan. Pada benang satu punca majunya adalah sama dengan jaraknya benang. Pada benang dua punca majunya adalah dua kali jarak benang. Pada benang tiga punca, majunya adalah tiga kali jarak benang.
6. Dasar ulir : ialah permukaan bawah hasil sambungan dua sisi benang bersebelahan
7. Puncak ulir : ialah permukaan atas hasil sambungan dua sisi benang bersebelahan.
8. Rusuk : ialah permukaan benang tempat sambungan puncak.
9. Sudut benang: ialah sudut yang terkandung diantara rusuk benang diukur pada paksinya
10. Dalam benang : ialah jarak antara puncak dan dasar diukur seranjang dengan paksi
11. Sudut heliks : ialah sudut yang diterbitkan oleh benang dengan satu satah yang bersudut tegak dengan paksi benang
Terima kasih tuan atas penjelasan ini, sangat membantu.
ReplyDeleteTak de gambar pun tapi ok sangat membantu
ReplyDelete