PENGENALAN:
Dalam kerja mengegas pelajar mestilah faham dan mahir mengunakan peralatan tangan untuk menghasikan kerja yang bermutu dan ukuran yang tepat
MENANDA DAN MENYUSUN TANDA
Dalam memilih alat-alat menanda dan mengukur ditentukan kepada ketepatan yang di kehendaki. Sekiranya ukuran-ukuran dalam lukisan tidak di beri dalam titik perpuluhan maka bolihlah dianggap bahawa penandaan tidak memerlukan alat yang gitu.
TAKRIFAN MENYUSUN TANDA
Dalam bidang kejuruteraan, istilah menanda bermaksud membuat tanda di atas permukaan logam yang akan dimesin atau digegas ini termasuklah menanda garisan, bulatan lengkok, jarak dan juga pusat. Tanda yang dibuat digunakan sebagai panduan hendak memesin atau mengegas. Dengan menanda kita kita dapat mengetahui berapa banyak kerja yang perlu dibuang atau dipotong. Butir-butir dan spesifikasi tandaan biasanya didapati dan dipindakan daipada lukisan atau cetakan biru keatas permukaan bendakerja dengan menggunakan berbagai alat mengukur atau menguji.
LANGKAH MENYUSUN TANDA DAN PEYEDIAN BAHAN KERJA
Dalam menjalankan kerja menyusun tanda dan penyedian bahan kerja, alat pengukur dan penanda hendaklah di guanakan dengan betul :
i. Mata penggarit mestilah dicondongkan berhampiran dengan tepi pembaris
ii. Penggarit mestilah dicondongkan mengikut arah garisan saperti yang di tunjukan oleh anak panah dalam rajah yang sama.
iii. Gariskan dengan teguh bagi mendapatkan garisan yang jelas
Jenis-jenis penebuk pusat
i. Penebuk pusat biasa
ii. Penebuk pusat automatik
Membuat tanda tekan(cucuk) yang halus pada garisan tandaan(raj.2.4)supaya tandaan tidak hilang walau pun garisan yang dibuat itu terpadam. Penebuk pusat juga digunakan sebagai penanda lubang pusat gerudi. Apabila hendak membuat lubang. pusat yang di tandakan perlu di ketuk perlahan –lahan terlebih dahulu, apabila telah pasti kedudukan nya tepat bolihlah diketuk lebih kuat supaya lubang nya lebih dalam.
PENEBUK CEMAT
Penebuk cemat berbeza daripada penebuk cucuk atau penebuk pusat dari segi bentuk hujungnya, iaitu ada yang berbentuk tirus dan ada yang berbentuk selari lurus.
SESIKU L
Sesiku L merupakan satu tolok yang digunakan untuk memasang dan mengukur sudut 90 darjah sama ada di dalam atau di luar. Bahagian badan sesiku lebih tebal dan pendek daripada bahagian mata.
Sesiku L |
Penggunaan sesiku L
I Menguji ketepatan sudut tepat
iaitu 90 darjah pada sebelah luar atau dalam
ii. Membuat garisan tegak dan selari
pada tepi benda kerja yang rata
iii Mengeset benda kerja supaya tegak untuk kerja melulas ataupun untuk mengulir benang sekeru.
JANGKA TOLOK Melaras benda kerja dengan sesiku supaya tegak |
Jangka tolok mempunyai dua batang penggarit keluli yang di keraskan. Hujung matanya tajam dan pada pangkalnya pula terdapat pegas yang disangga dengan tuas untuk membolihkan ianya dilaraskan dengan mudah
Kegunaan Jangka tolok
Kegunaan Jangka tolok
i. membuat lengkok dan bulatan
ii mengukur dan menguji jarak
Jenis-jenis tolok
i. Jangka tolok bercantum pegas
Jangka tolok ini lazim digunakan
JANGKA TOLOK SUKU BULAT
Jangka tolok ini lebih tegap. Digunakan untuk kerja-kerja kepingan logam (Raj.2.10)
JANGKA TOLOK BERGABUNG
Bentuk nya hampir sama dengan jangka tolok kecuali pada bahagian hujung kakinya terdapat cuk kecil yang membolehkan ianya dipasangkan dengan berbagai-bagai bentuk mata yang betujuan untuk mempelbagaikan lagi pengunaannya
Jangka tolok bergabung |
JANGKARIT
Terdiri dari satu batang lurus dan panjang. Dua kepala penggarit yang boleh digerakanpada batang rusuk memegang matanya. Salah satu daripada kepala dilengkapkan dengan nat halus supaya mudah dianjakan
Jangkarit |
Kegunaan Jangkarit
i. Menanda bulatan atau lengkok yang besar (Raj. 2.13)
ii. Membahagi garisan dan menanda garisan selari.
SESIKU BERGABUNG
Sesiku bergabung merupakan kombinasi empat alat yang dipasangkan pada pembaris
i. Pembaris keluli
ii. Kepala sesiku
iii. Kepala jangka sudut
iv. Kepala Pusat
sesiku bergabung |
PLAT SUDUT
Plat sudut berbentuk L diperbuat daripada besi tuangan atau keluli yang dikeraskan Saiznya 75mm-300mm panjang.
Kegunaannya
Untuk menyokong benda kerja supaya kedudukannya kukuh Semasa menanda. Benda kerja biasanya diikat atau diapit pada Plat sudut ini
Rajah dibawah menunjukan bagaimana plat sudut digunakan pada piring pelarik.
Plat sudut digunakan di piring pelarek untuk memegang benda kerja.
TOLOK PERMUKAAN
Tolok permukaan digunakan bersama-sama dengan plat permukaan untuk menandakan garisan. Iaterdiri daripada tiga bahagian (Raj.2.19)
a. Tapak
b. Turus
Tolok Permukaan
Kegunaan Tolok permukaan
SESIKU SERONG
Dibuat daripada keluli berkarbon semua permukaan serta tepinya dicanai.,matanya boleh dikilas
Kegunaan sesiku serong
Untuk menanda garisan bersudut dan menguji ketepatan tepi serong.
TOLOK JEJARI DAN TOLOK KEMBI
Terdiri daripada kepingan keluli yangmempunyai jejari dan terdapat dalam berbagai-bagai saiz. Kepingan-kepingan tolok ini terdapat dalam berbagai bagai saiz
TOLOK PERENGGANG
Merupakan bilah-bilah keluli nipis yang di-jambak dalam rumah
Kegunaan Tolok Perenggang
i. mengambil ukuran yang kecil pada lurah
ii. Untuk menetukan gegas dalam pemasangan komponen-komponen mesin
iii. Di-dalam bengkel auto, ia digunakan untuk menentukan telusan pada injap dan pada palam pencucuh
iv. Untuk menetukan ruang kecil diantara mata peraut dengan bendakerja
BONGKAH VEE
Diperbuat dari besi tuangan atau keluli yang di keraskan. Terdiri dari dua jenis
i. Bongkah Vee kecil
ii. Bongkah Vee Besar
Kegunaan Bongkah Vee dan Pengapit.
Untuk memegang dan meyokong serta menanda benda kerja bulat semasa menanda atau meggerudi
Kegunaan bongkah Vee dengan pengapit
PENGAPIT ALAT TUKANG
Terdiri dari dua penganpitn yang di pegang duasekeru pelaras.Kegunaannya sama dengan pengapit
Pengapit Alat Tukang
BILAH SELARI
Untuk menyokong dan melapek benda kerja supaya rata kedudukan- nya di- atas meja atau mesin.
Bilah selari
MEDIA PENANDA
Ia-lah bahan yang disapukan diatas permukaan benda kerja sama ada kasar atau pun licin yang telah di tandakan
Kegunaan dan jenis Media Penanda.
i. Kapor tulis - sesuai untuk di gosokkan di atas permukaan benda kerja yang kasar
ii. ii Larutan kuprik sulfik - merupakan media terbaik, ia menghasilkan satu lapisan berwarna kuning tembaga dan larutan ini tidak menjadikan permukaan logam berkarat
iii. Plumbum putih dan turpentine
iv. Kapur cair dicampur dengan air - Sprit bermetil bolih mempercepatkan larutan ini menjadi kering
v. Warana-warna penanda - Bolih di dapati dengan mudah di kedai, digunakan dengan cara di sapu atau di sembur
vi. Varnish - sesuai disapukan ddi atas permukaan logam kilat atau di mesin. Varnish boleh kering dengan cepat
MEJA PENANDA
Meja penanda diperbuat daripada besi tuang saiznya antara 300mm x 1m hingga 6mmx1m.Permukaan nya dicanai rata.
Kegunaannya
i. Untuk menguji keselarian dan jajaran komponen yang telah dimesin.
ii. Untuk menanda bendakerja yang besar seperti kelongsong engkol. Meja mesin, turus dan barangan fabrikasi yang lain
Meja penanda
PLAT PERMUKAAN
Plat ini diperbuat dari besi tuang , granik atau seramik Yang bermutu tinggi
Kegunaan nya
Untuk kerja-kerja penandaan yang gitu . Bahagian bawah plat permukaan adalah bertulang untuk mengelakan daripada meleding
Plat permukaan
JANGKA SUDUT VERNIAR
Kegunaannya:
i. Untuk mengukur sudut dengan tepat. Ketepatan bolih di baca sehingga kepada 5 darjah atau ½ “
ii. Untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut
Jangka sudt Veniar
TOLOK DAIL
Tolok dail mempunyai senggatan-senggatan tentukuran(calibration) untuk menujukkan jumlah ralat bagi sesuatu saiz atau penjajat yang di uji. Tolok dail terdapat dalam ukuran metric dan Imperial . Bacaan boleh di buat dalam dua arah.
Kegunaan tolok dail
i. Menguji penjajaran sesuatu komponen dengan tepat
ii. Menempatkan benda kerja yang hendak dimesin dengan tepat
iii. Menguji dengan pantas benda-kerja yang berukuran serba sama
KIKIR DAN KERJA MENGIKIR
Kikir ialah sejenis alat tangan diperbuat dari keluli bermutu tinggi ianya digunakan untuk memotong, menipiskan atau melicinkan permukaan logam
Pengkelasan Kikir
Kikir berbeza dari segi panjang. Bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halus matanya
Panjang kikir - diukur dari hujung hingga ke bahunya
Bentuk kikir - Kikir yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama, segitiga tirus, separuh bulat dan bulat.
Bahagian-bahagian kikir
Jenis potongan gigi
i. Gigi selari
ii. Gigi bersilang
iii. Gigi lengkong
iv. Gigi Parut
Kasar atau halusnya gigi kikir bergantung pada berapa rapat gigi tersebut dipotong pada permukaan kikir. Gred kehalusan gigi kikir boleh dikelaskan paling kasar, kasar, sederhana halus dan sangat halus.
Jenis-kikir kikir
Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dengan permukaan yang licin pemilihan kikir mestilah dibuat dengan cermat.. Kikir yang biasa digunakan didalam bengkel kejuruteraan:
i. Kikr pipih tirus.
ii. Kikir pipih kasar
iii. Kikir belah rotan
iv. Kikir bulat
v. Kikir segiempat sama
vi. Kikir segitiga
vii. Kikir pipih nipis
viii. Kikir bentuk pisau
Kikir pipih tirus
Kegunaan nya untuk kerja am. Giginya terdiri dari kasar, serderhana, halus dan sangat halus. Pada satu permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus dikedua-dua tepi kikir Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan satu pertiga panjangnya ke hujung berbentuk tirus
Kikir pipih tirus
Kikir pipih kasar
Digunakan untuk penyudahan rata.Salah satu daripada tepinya tidak ada gigi dan di sebut sebagai tepi selamat Tepi selamat digunakan semasa mengikir penjuru dalam. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar hingga tersangat halus
Kikir pipih Kasar
Kikir belah rotan
Digunakan untuk meyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap.. Gigi pada permukaan rata bentuk silang wajik dan gigi pada permukaan melengkong berbentuk silang. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar, halus dan sangat halus
Kikir belah rotan
Kikir bulat
kikir ini juga disebut kikir ekor tikus digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan melengkong. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar hingga sangat halus
Kikir Bulat
Kikir Segiempat sama
Digunakan untuk membesarkan lubang segiempatsama secara kasar. Kikir ini boleh mengikir lurah atau alur. Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar dan sangat halus
Kikir Segiempat sama
Kikir segitiga
Kikir ini digunakan untuk mengikir segitiga yang tajam. Ianya digunakan juga untuk membersihkan penpenjuru yang bersudut. Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingg sangat halus
Kikir segitiga
Kikir Pipih Nipis
Digunakan untuk mengikir di celah-celah yang nipis saperti untuk memotong celah alur kunci. Tirus dihujung, tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya. Kikir ini terdapat pada panjang yang terhad iaitu 100mm, 150mm dan 200mm.
Kikir Pipih nipis
Kikir bentuk pisau
Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang terdapat mata gergaji dan alat-alat pemotong. Bentuknya sama saperti pisau dengan bersudut 15 darjah. Grednya pula terdiri daripada kasar hingga sangat halus
Rajah 2.4.8. Kikir bentuk pisau
Kikir Jarum
Kikir ini terdapat dalam satu set. Satu set biasanya mengandungi antara 4 hingga 12 jenis kikir. Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-kerja penyudahan selepas sesautu benda kerja siap dimesin. Ianya juga digunakan oleh tukang pembuat jam dan tukan pembuat acuanGrednya dikelaskan daripada 00., 0, 1, 2 hingga 6. Gred no.6 ialah yang paling halus. Saiznya iaitu 100mm, 140mm dan 160mm
Kikir Jarum
M engikir memerlukan kemahiran yang tinggi. Seseorang jurugegas bukan sahaja boleh mengikir dengan tepat tetapi boleh membuat pemasangan benda kerja dengan menggunakan alat tangan. Semasa mengikir , perkara berikut perlu diambil perhatian:
i. Gaya mengikir yang betul adalah penting semasa mengikir. Semasa berdiri kaki mestilah renggang. Kaki kiri kehadapandan kaki kanan terletak lebih kurang 45 cm hingga 50cm kebelakang
ii. Tinggi bendakerja mestilah sesuai supaya kerja mengikir dapat dilakukan dengan berkesan.
iii. Semasa mengikir, tekan kikir pada benda kerja dari gerakkan tangan dan badan saperti dalamrajah dibawah Tekanan dikenakan keatas kikir semasa kikir itu disorong kehadapan. semasa kikir ditarik kebelakang tekanan tidak diperlukan. Gigi kikir dibentuk hanya untuk memotong kehadapan sahaja. Jika tekanan dikenakan semasa kikir ditarik kebelakang, mata kikir akan jadi tumpul.
iv. Gaya mengikir juga boleh disesuaikan mengikut kedudukan benda kerja serta jenis benda kerja .
Cara dan gaya memegang kikir
Rajah kaedah-kedah mengikir
Mengikir Rata
Semasa mengikir permukaan yang dikikir hendaklah sentiasa dilitupi kikir. Dengan cara ini bendakerja dapat dikikir dengan rata
Mengikir rata
Mengikir Melintang
Mengikir melintang dilakukan sekali sekala untuk menentukan permukaan yang dikikir itu rata atau tidak.
Mengikir melintang
Mengikir tarik
Cara ini digunakan untuk menyudahkan benda kerja supaya kelihatan licin dan cantik. Cara ini juga digunakan untuk mengikir logam yang nipis. Semasa mengikir tekanan pada kedua-dua tangan hendaklah sama dan stabil.
Mengikir Tarik
Mengikir penjuru bulat
Penjuru bulat boleh dikikir berpadukan langkah-langkah yang ditujukkan dalam rajah dibawah. Mula-mula kikir kasar melintang dan kemudian kikir bahagian pepenjuru yang bulat pula
Mengikir penjuru bulat
Mengikir permukaan melengkong
Permukaan yang melenkong boleh dikikir dengan kikir separoh bulat
Mengikir permukaan melengkong
Langkah Keselamatan /penjagaan kikir
i. Sebelum mengikir pastikan hulu kikir dipasang dengan hulu yang sesuai
ii. Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerak-kerak besi yang melekat dicelah mata kikir boleh merosakan mata kikir dan bendakerja jika dibiarkan tanpa dibersihkan
iii. Selepas mengunakkan kikir, kikir hendaklah dibersihkan dan diletakkan dirak yang khas setiap satu di simpan berasingan
iv. Jangan gunakan kikir selain mengikir
v. Gunakan kikir yang bersesuai dengan bahan yang hendak dikikir. Kikir yang lebih halus digunakan untuk bahan yang lebih keras
vi. Elakkan kikir dari terkena air atau minyak . Jika terkena air ia mudah berkarat dan jika terkena minyak ia akan mudah tergelinjir semasa mengikir
vii. Gunakan berus kikir untuk membersihkan kikir
viii. Gunakan kikir yang kasar terlebih dahulu dan siapkan dengan kikir yang halus
“Pinning” bermaksud gigi kikir yang tersumbat oleh habuk besi jika tidak dibersihkan, bukan saja kelancaran mengikir tergangu tetapi akan mencalarkan permukaan logam yang dikikir.Untuk mengelakan gigi kikir tersumbat, sapukan kapor pada kikir itu atau turpentine tetapi kaedah ini tidak sesuai apabila hendak mengikir besi tuangan atau loyang kerana gigi kikir tidak boleh mengigit bahan kerja itu
No comments:
Post a Comment