Friday, 7 October 2011

MENCEGAH KEMALANGAN

1.0     PENGENALAN


Para pengguna peralatan worksyop kejuruteraan am (memesin, kimpalan, menggegas dan foundri) sentiasa terdedah kepada berbagai-bagai bahaya sekiranya peralatan tersebut disalahgunakan ataupun pelajar cuai semasa mengendalikan kerja-kerja di dalam worksyop. Peraturan keselamatan dan undang-undang keselamatan woksyop wajib diketahui, dipelajari dan dipatuhi kerana menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab setiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel sebarang risiko yang melibatkan kemalangan jiwa atau pencaindera, kerosakan terhadap alat, mesin akan dapat dihindari.
1.1      LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN AM

Terdapat empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah sebarang kemalangan di dalam woksyop berlaku:

i.              Tabiat bekerja
ii.         Keselamatan diri sendiri
iii.        Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin
iv.        Kekemasan tempat bekerja atau worsyop


1.2      Tabiat Berkerja

Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik semasa di dalam  woksyop bagi mencegah kemalangan dianataranya:

i.               Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian
ii.             Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri
iii.            Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
iv.           Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja
v.            Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali


1.3      Keselamatan Diri Sendiri

Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat aspek keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:

i.              Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja dan aktiviti amali yang dilakukan (Lihat Gambar 1.1 & 1.2). Pakaian keselamatan didalam bengkel kimpalan arka tidak sama dengan pakaian keselamatan di dalam bengkel mesin larik.
ii.            Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut yang             panjang boleh tersangkut pada mesin yang berputar atau alat-alat lain.
iii.           Jangan bergurau senda dengan rakan samaada melibatkan peralatan woksyop ataupun tidak.
Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan seperti jam     tangan, cincin, rantai kerana barang-barang tersebut boleh tersangkut pada mesin dan alat-alat lain.

    













1.4    Keselamatan Semasa Menggunakan Peralatan Mesin
Langkah keselamatan semasa menggunakan mesin akan diterangkan pada unit-unit seterusnya walaubagaimanapun secara umumnya kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:
                         
i)          Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik.
ii)         Elakkan daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam seperti mata pengisar, hujung mata penggarit.
                   PENGADANG TALISAWAT
1.5    Kekemasan Tempat Bekerja Atau Woksyop
kekemasan dan kebersihan tempat kerja bukan sahaja dapat mencegah daripada kemalangan tetapi juga meningkatkan kecekapan bekerja. Oleh itu perkara berikut hendaklah diambil kira:

i)          Jangan biarkan alatan bersepah diatas lantai.
ii)         Elakan daripada minyak atau gris tertumpah diatas lantai. Lap sehingga tiada kesan licin diatas lantai jika terdapat minyak atau gris diatas lantai woksyop.
iii)       Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah diatas lantai dan disekeliling mesin.
iv)       Ruang woksyop hendaklah mempunyai pengedaran udara yang baik. Mempunyai tanda garis keselamatan kawasan bekerja dan laluan berjalan.
v)         Woksyop hendaklah sentiasa mempunyai laluan serta pintu kecemasan.
vi)       Alatan pencegahan kebakaran juga hendaklah diletakkan ditempatkan yang sesuai, mudah dilihat dan dicapai jika berlaku kebakaran.









1.6.   Kepentingan Menggunakan Alat Keselamatan Dan Menjaga Kebersihan Woksyop. Menggunakan alat keselamatan seperti gogal, cermin keselamatan, pengawal roda pencanai serta menjaga kebersihan woksyop amat penting bagi mengelakan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti berikut:

1.7    Gogal
 Gogal adalah alat pelindung mata yang amat    penting diantaranya:
 i)          Melindungi mata daripada terkena percikan bunga api ketika kimpalan gas dilakukan.






ii)         Mengelakan daripada kerosakan mata akibat daripada pancaran cahaya yang terang ketika melakukan kimpalan gas.
iii)       Mengelakan daripada terkena tatal tajam ketika operasi mesin larik.
iv)       Menyelamatkan mata daripada kecederaan jika sesuatu alat atau peralatan tajam terpelanting kearah mata.

1.8    Cermin keselamatan
i.       Cermin keselamatan biasanya diletakkan pada mesin sebagai alat keselamatan yang berkesan terhadap diri
ii       Cermin keselamatan pada CNC mesin akan dapat  mengelakan diri daripada terkena tatal atau serpihan tajam.  
iv.        Cermin keselamatan pada mesin gerudi akan menghindarkan diri daripada terkena percikan tatal bahan kerja yang digerudi.
v.          Cermin keselamatan pada mesin roda pencanai akan menghadang serpihan bunga api atau bahan kerja yang terpelanting kearah pengguna.

1.9    Pengawal Roda Pencanai
Pengawal roda pencanai akan menghalang pengguna daripada kecederaan yang lebih teruk jika roda pencanai pecah. Disamping ini ianya sebagai penghadang roda pencanai ketika ianya sedang berputar dan mengurangkan kawasan bahaya pada roda pencanai.

1.10  Menjaga Kebersihan Woksyop
Keadaan persekitaran woksyop yang bersih dan kemas akan memberi situasi bekerja yang lebih selesa yang selamat. Sebagai contoh jika lantai woksyop penuh dengan tompokan minyak ianya sudah pastinya mengundang bahaya tergelincir dan sebagainya. Dengan situasi yang bersih alat-alat tajam dan merbahaya dapat dilihat dengan mudah dan ini sudah pastinya dapat mengelakan daripada bahaya.

1.11     Akibat salah penggunaan alat keselamatan
Pakaian dan alat-alat keselamatan hendaklah digunakan dengan betul dan sesuai dengan keadaan kerja ayang dilakukan. Jika salah menggunakan sarung tangan, kain pengesat, roda pencanai tanpa pengadang dan memakai pakaian keselamatan yang tidak sempurna akan mengebabkan bahaya kepada diri sendiri atau rakan sekerja.

1.12  Sarung Tangan Keselamatan
Sarung tangan keselamatan mempunyai berbagai bentuk, saiz dan jenis bahan yang berbeza-beza mengikut penggunaan (Lihat Gambar ). Sebagai contoh sarung tangan keselamatan kimpalan gas diperbuat daripada kain kasar atau kulit tetapi saiznya agak kecil dan nipis. Sementara sarung tangan keselamatan bagi kimpalan arka diperbuat daripada kulit keras dan bersaiz panjang dan besar. Sarung tangan kerja-kerja umum pula diperbuat daripada benang kasar. Oleh itu seseorang yang menggunakan sarung tangan kimpalan gas untuk kerja kimpalan arka kemungkinan besar akan menyebabkan kecederaan. Perkara ini boleh berlaku kerana sarung tangan keselamatan tersebut tidak cukup panjang untuk menahan percikan api dari masuk kedalam pergelangan tangan. Sarung tangan yang tidak sesuai boleh terbakar dengan mudah ketika aktiviti kimpalan gas atau memegang bahan kerja panas ketika di woksyop foundri. Sarung tangan boleh tersangkut pada roda pencanai dan akan meyebabkan kemalangan jika mengasah mata alat dengan menggunakan sarung tangan.


1.13   Kain Pengesat
Kain pengesan sepatutnya digunakan ditempat yang sesuai seperti  membersihkan minyak, lap tangan yang basah dan sebagainya. Adakalanya jika menggunakan kain Pengesat ditempat yang tidak sesuai kecederaan atau bahaya akan berlaku. Sebagai contoh menggunakan kain pengesat untuk membersihkan tatal pada mesin larik atau gerudi akan meyebabkan tatal yang tajam tersebut akan tersangkut pada kain pengesat dan boleh melukakan tangan. Mengesat bahan kerja ketika bindu mesin larik atau mesin gerudi sedang berputar boleh mengundang bahaya, kerana kain pengesat boleh tersangkut dan menyebabkan kecederaan.

1.14  Roda Pencanai Tanpa Pengadang
Pengadang roda pencanai digunakan untuk mengelakan percikan bunga api yang keluar daripada pelelas mengenai pengguna. Disamping itu ianya digunakan sebagai penghalang jika bahan kerja yang dicanai terpelanting. Jika menggunakan roda pencanai tanpa pengadang ianya adalah sangat berbahaya.

1.15  Pakaian Keselamatan Yang Tidak Sempurna

Pakaian keselamatan hendaklah dipakai dalam keadaan kemas dan sempurna. Ini bagi memastikan persediaan keselamatan yang maksima jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Jika memakai pakaian keselamatan dalam keadaan tidak sempurna kecederaan boleh berlaku. Sebagai contoh jika kita memakai apron kimpalan arka tanpa mengikat tali pengikat pada pinggang akan menyebabkan tali bersebut tersangkut pada mesin ayang berputar dan sebagainya.

1.16  Perbezaan diantara keselamatan diri alat,mesin,perkakasan   memesin,mesin kimpalan arka dan kimpalan gas.


Perbezaan diantara keselamatan diri, alat, mesin, perkakasan   memesin,mesin kimpalan arka dan kimpalan gas adalah seperti berikut:


Diri
Perkakasan Memesin/ Mesin/Alat
Mesin Kimpalan Arka
Peralatan Kimpalan Gas
1.
Bagi menghidari daripada Kecederaan fizikal
 Bagi menghidari daripada Kerosakan
 Bagi menghidari daripada Kerosakan
Bagi menghidari daripada Letupan atau Kebakaran
2.
Pakaian hendaklah kemas dan sesuai
Pastikan dalam keadaan baik
Pastikan dalam keadaan baik
Pastikan dalam keadaan baik
3.
Pakai pakaian Keselamatan
Pastikan dalam keadaan baik
Sistem pengudaraan yang baik bagi mengelak dari terhidu gas beracun
Sistem pengudaraan yang baik
4.
Pakaian keselamatan yang dipakai hendaklah sesuai dengan jenis kerja yang dilakukan
Tidak Rosak/ Penghadang keselamatan ditempat yang betul
Mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak bahaya elektrik
Periksa peralatan sebelum digunakan dan pastikan tiada kebocoran gas





No comments:

Post a Comment